SUARA AHLI | #GajiTakCukup
“Gaji semakin tidak cukup. Gaji naik sedikit berbanding kos sara hidup yang semakin tinggi.”
Selepas lebih tiga dekad berkhidmat di Public Bank, inilah realiti yang dikongsi oleh Bro Suhaimy Abdul Salam, IRC NUBE PKP. Gaji perlu menanggung pinjaman perumahan, bil, makanan keluarga dan pengajian anak-anak.
Kos sara hidup terus meningkat.
Tetapi gaji hanya naik sedikit.
Bro Suhaimy bertanya satu soalan yang mungkin turut dirasai ramai pekerja bank:
“Sampai bila perlu begini?”
Ahli NUBE, suara anda juga penting.
Rakam video pendek anda. Ceritakan tentang gaji anda, apa yang perlu ditanggung setiap bulan dan bagaimana kenaikan kos kehidupan memberi kesan kepada anda dan keluarga.
Tak perlu skrip. Ceritakan dengan kata-kata anda sendiri.
Tonton dan kongsikan video Bro Suhaimy:
https://www.facebook.com/reel/1648444746617375
Biar suara seorang menjadi suara ramai.
BANK TIPU KITA!
Ketahui. Bersatu. Bersedia.
#GajiTakCukup #BankTipuKita #JelajahNUBE #NUBE #SuaraAhli #PekerjaBank #GajiPekerja #KosSaraHidup #HakPekerja #MaruahPekerja #MembersVoices #BankWorkers #FairWages #CostOfLiving #WorkersRights #WorkersDignity #WorkerSolidarity #UnionStrong #UnityIsStrength #PublicBank
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now