LAWATAN KERJA NUBE PERAK ZON CENTRAL KE CIMB PERSIARAN GREENTOWN / RPCT & AUTO FINANCE IPOH
NUBE PERAK Zon Central telah mengadakan lawatan kerja ke CIMB Persiaran Greentown / RPCT dan Auto Finance Ipoh sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kesatuan untuk mendekati ahli serta memahami isu-isu di peringkat cawangan.
Lawatan ini disertai oleh Sdr Fakharuddin, Sdr Ariff dan Sdri Zulfa yang mewakili NUBE PERAK. Perbincangan tertumpu kepada kebajikan ahli, perkembangan semasa serta cabaran operasi yang dihadapi oleh warga kerja.
Antara perkara yang dibincangkan:
- Perkembangan terkini berkaitan CA dan FA
- Isu-isu berkaitan cadangan penubuhan in-house union yang dibangkitkan oleh ahli
- Kekurangan tenaga kerja dan peningkatan beban kerja
- Isu-isu operasi yang memberi kesan kepada kesejahteraan pekerja
- Pemilihan wakil Industrial Relations Committee (IRC) yang baharu bagi CIMB Persiaran Greentown
Dalam sesi tersebut, Sdr Fakharuddin menegaskan komitmen NUBE untuk terus proaktif dalam memperjuangkan hak dan kebajikan ahli serta memastikan setiap isu diberi perhatian secara adil, telus dan berlandaskan hubungan perusahaan yang harmoni.
Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan NUBE PERAK Zon Central dalam memperkukuhkan hubungan dengan ahli serta memastikan hak, kebajikan dan kepentingan pekerja sentiasa dipelihara dan dipertahankan.
#NUBEPERAK #NUBE #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #BersatuKitaTeguh #HakPekerja #KebajikanPekerja #WorkersUnity #UnionStrong #StandWithNUBE #WorkersRights #SolidarityForever
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now