NUBE MEMBANTAH TERHADAP CADANGAN PENGGABUNGAN RHB BANK DAN AMBANK

NUBE MEMBANTAH TERHADAP CADANGAN PENGGABUNGAN RHB BANK DAN AMBANK
9 Jun 2017

NUBE membantah terhadap cadangan penggabungan ini kerana RHB Bank telah gagal untuk melibatkan NUBE di dalam perbincangan sivik berkenaan dengan cadangan penggabungan ini.

Meskipun RHB Bank merupakan pihak yang terlibat di dalam Perjanjian Kolektif MCBA/NUBE namun, sehingga ke hari ini RHB Bank tidak memaklumkan NUBE berkenaan dengan cadangan penggabungan tersebut atau berbincang dengan kami.

Kami sangsi dengan penggabungan itu kerana analisis ekonomi dalam laporan media melihat kos penggabungan ini kepada nisbah pendapatan entiti yang digabungkan itu akan meningkat maka sekitar 80 hingga 100 cawangan dan 4,000 pekerja akan dikurangkan. Terdapat juga analisis yang mengatakan bahawa penggabungan ini hanya akan memberi manfaat kepada Ambank (M) Berhad dan bukannya RHB Bank.

Kita juga perlu ingat bahawa pemegang saham utama RHB Bank adalah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang merupakan dana wang pekerja iaitu wang kita.

Memandangkan perkara-perkara tersebut di atas dan pengalaman yang lalu dalam kehilangan pekerjaan dan kesulitan yang besar ke atas warga pekerja yang telah disebabkan oleh penggabungan dalam industri perbankan, NUBE telah membantah cadangan penggabungan ini sehingga dan melainkan jika dialog sosial diadakan dengan kadar segera dan dengan berkesan bersama NUBE.

Ahli-ahli dinasihatkan untuk melaporkan sebarang kebimbangan/maklumat berhubung cadangan penggabungan ini kepada kami.

One for all and all for one,

J SOLOMON
SETIAUSAHA AGUNG

WordPress Video Lightbox Plugin